05 March 2015

Travelog LaGenius : Sejarah Marang, Terengganu


Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom (1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang paling panjang di Semenanjung ini.

Sejarah

Sejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermula daripada pemerintahan Baginda Omar (1839-1876) yang diketuai oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (River District).

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918, Yang Di-Pertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa untuk menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa untuk menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu-penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir kerana kuasa mereka hanya terhad kepada kampung - kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912, sistem pentadbiran daerah oleh pembesar-pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (River District.). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan River District yang merangkumi di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923, ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 hingga 1942, Pesuruhanjaya British yang pertama di Terengganu iaitu J.L Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang diletakkan dibawah Jajahan Tengah dengan Pusat Pentadbiran di Kuala Terengganu.

Daerah-daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah Jajahan Timur dengan Pusat Pentadbiran di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan Pusat Pentadbiran di Kampung Raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang penasihat British dan seorang District Officer (D.O).

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang. Seramai 40 orang Pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka di Daerah Marang.

Tugu Udang dan Sotong

Arus perkembangan semasa selepas tahun 1960 di mana program pembangunan luar bandar dipergiatkan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat menyaksikan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ada itu tidak lagi dapat menampung pertambahan bilangan kakitangan dan penyimpanan dokumen jabatan yang semakin meningkat.

Bagi mengatasi masalah kesesakan tersebut, bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ketiga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1965. Bangunan dua itu sempat digunakan selama 31 tahun dan sekarang telah dijadikan Pejabat Majlis Daerah Marang. Antara Pentadbir Tanah yang telah sempat berkhidmat ialah :
  1. En. Abdul Rahman bin Nasir ( Y. Bhg. Dato' Setia Wangsa)
  2. En. Hashim bin Sulaiman ( Y. Bhg. Dato' Lela Jasa)
  3. En. Omar bin Pilus ( Y. Bhg. Dato' Bentara Luar)
  4. YM. Tg Abdul Jalil bin Omar ( YBM Tg Seri Bijaya Raja)
  5. En. Wan Salleh b. Mahmood
  6. YM. Syed Omar bin Mohamad (YBM. Engku Bijaya Sura)
  7. En. Mustaffa bin Abu Bakar
  8. En Wan Abdul Manan bin Chik (Y. Bhg. DAto' Setia Bakti)
  9. Y. Bhg. Dato' Zahid bin Muda
  10. Y. Bhg. Dato' Hj Abdullah bin Mohd
  11. Y. Bhg. Dato' hj Che Mat bin Jusoh
  12. Y. Bhg Dato' Hj saad bin Boto'
  13. Y. Bhg. dato' Hj Baharuddin b. Ismail
Dari segi kawasan pentadbiran daerah, Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu Mukim Rusila, Mukim Pulau Kerengga, Mukim Jerung dan Mukim Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985, Daerah Marang telah diperluaskan dengan menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alor Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu.


Bilangan pegawai dan kakitangan PDTM sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sehingga awal tahun 1990an, bilangan ini telah meningkat kepada 159 orang bagi mengimbangi bebanan kerja yang semakin bertambah. Disebabkan oleh masalah keperluan ruang pejabat yang semakin mendesak, pada tahun 1994 bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang keempat telah dibina dan mula diduduki pada September 1996.

Bangunan baru PDTM ini dibina atas tapak seluas 2.800 hektar terletak di tepi Jalan Marang / Wakaf Tapai iaitu dibelakang Bangunan PDTM yang kedua dan ketiga. Bangunan baru setinggi 3 tingkat dengan keluasan lantai 3, 285.989 meter persegi menelan belanja sebanyak RM4,802,475.00 telah disiapkan pada Jun 1996. Antara Pegawai Daerah yang telah berkhidmat di bangunan baru ini ialah :-
  1. Tn Hj Long bin Abd. Rahman
  2. Tn Hj Muhatar bin Abdullah
  3. Tn Hj Hashim bin Mamat
  4. En. Osman bin Muda
Bangunan PDTM yang keempat ini telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya pada 19 Julai 1999.

Bandar Marang dahulu yang bangunannya terdiri daripada bangunan kayu, di mana sekarang ini, bandar Marang telah pun membangun dengan pesat. Pertumbuhan ekonomi semakin maju dan pesat.


*Sumber : wikipedia