08 March 2015

Travelog LaGenius : Taman Tamadun Islam Terengganu



 

Taman Tamadun Islam terletak didalam sebuah Pulau terkecil yang terdapat di Malaysia iaitu Pulau Wan Man.  Masjid Kristal dan Taman Monumen juga berada didalam Pulau Wan Man ini. 

Sesuai dengan nama Taman Tamadun Islam, taman tema seluas 23 hektar yang mengetengahkan keunggulan kebudayaan dan seni warisan senibina Islam dari seluruh pelusuk dunia. 



 


Selain dengan keunggulan seni warisan senibina Islam, kawasan disekeliling Taman Tamadun Islam ini dikelilingi persekitaran yang sungguh indah dan cantik. Taman Tamadun Islam ( TTI ) ini dikatakan merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama dan satu-satunya di dunia dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan menerusi 21 buah monumen yang dibangunkan. 

Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam pelbagai seni bina khususnya didalam pembuatan masjid. Semua monumen yang dibangunkan didalam taman tema ini adalah mengikut skala 1:8 daripada saiz asal. Di sesetengah monumen terdapat pameran serta dewan tayangan video bagi memberi maklumat lanjut kepada pengunjung.

 

Selain daripada itu, Taman Tamadun Islam ini menyediakan kemudahan seperti trem, basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan dalam di taman ini.



Sempena musim cuti sekolah dah tak lama ini, apa kata anda singgah di Taman Tamadun Islam ini dan anda akan menikmati harga istimewa sempena musim cuti sekolah nanti.

 



B'Benteng adalah sebuah restoran yang terletak bersebelahan sungai Terengganu yang terdapat di dalam Taman Tamadun Islam ini. Waktu operasi B'Benteng ialah antara jam 9.00 pagi sehingga 12.00 malam pada setiap hari di buka kecuali hari Selasa di tutup melainkan hari cuti sekolah dan kelepasan Am di buka seperti biasa. Sambil-sambil anda menjamu selera anda juga boleh menikmati wifi yang terdapat di restoran ini.




Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman tamadun Islam ini adalah belayar menyusuri Sungai Terengganu. Pelayaran ini bermula dari pengkalan jeti Tok Ku Paloh Taman Tamadun Islam dan berakhir di tempat yang sama. 

Semasa pelayaran ini, anda akan ditemani oleh jurupandu pelayaran dan semasa pelayaran ini, anda bukan sahaja dapat belayar sambil dapat menikmati keindahan tetapi turut mendapat maklumat dari jurupandu pelayaran yang akan bercerita sepanjang pelayaran.


Di Pusat Konvensyen ini  amat sesuai untuk anda yang ingin melangsungkan sebarang majlis dan forum. Majlis Penganugerahan atau hari Konvokesyen pernah juga diadakan disini.


Bagi anda yang datang dari luar Terengganu, anda tidak perlu rungsing mengenai tempat penginapan kerana di dalam Taman Tamadun Islam turut menyediakan tempat penginapan yang selesa untuk anda.Yang pastinya anda wajib meletakkan dalam diari anda Taman Tamadun Islam ini sebagai salah satu tempat untuk anda kunjungi apabila anda datang ke Negeri Terengganu.