08 March 2015

Travelog LaGenius : Masjid Kristal Terengganu


Masjid Kristal sudah tidak asing lagi buat pelancong yang datang ke Terengganu. Masjid Kristal yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu. Masjid ini di rasmikan pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang yang di rasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin bersama-sam Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid berkenaan.

Masjid Kristal ini  dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses  internet bagi membaca  al-quran elektronik.

Suasana dan persekitaran yang begitu indah membuatkan pengunjung atau pelancong tiba di Masjid ini tanpa mengira hari dan waktu. Keindahan Masjid Kristal pada waktu petang membuatkan anda tidak jemu untuk sering berkunjung ke masjid ini. Bagi anda yang gemar mengambil gambar atau anda seorang jurugambar, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar disekeliling Masjid ini.



Kalau dah datang ke Terengganu, jangan lupa tau singgah di Masjid Kristal ni.